Alim dan keluarga akan ke Kampung Nenek dan Datuknya di kajang. Alim tidak sabar balik kampung untuk bermain dengan ayam dan itik Neneknya. Dia mendapati bahawa dia tidak lagi melihat ayam dan itik di kampung lalu menangis. Nenek kelihatan risau akan sifat Alim yang secara tiba-tiba menangis. Nenek menunjukkan keberadaan ayam dan itik di dalam reban baharu laluAlim berhenti menangis
Alim menangis kembali melihat suasana rumah Nenek dan Datuknya kerana sudah berubah. Dia sangat terasa akan perubahan rumah ini seakan rumah Nenek dan Datuknya sudah tiada. Namun Alim berhenti menangis dan ketawa setelah menyertai abang dan kakaknya menonton televisyen. Suasana kampung yang berlainan daripada biasa menjadikan alim sekeluarga lebih rapat.
Rujukan : Normaliza Abd Rahim, (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Multimedia Interaktif.
Penggunaan aplikasi Multimedia yang membenarkan pengguna untuk berinteraktif secara aktif. multimedia ini melibatkan pengguna dan komputer dengan menggunakan peranti input seperti papan kekunci, skrin sentuh dan tertikus.
Multimedia interaktif adalah media yang cara penyempaiannya melalui jaringan. seperti contoh blogspot. Oleh itu, Multimedia ini merupakan media yang baik untuk menyebarkan cerita sosial tersebut.Hal ini kerana Blogspot semakin kerap digunakan untuk mencari sumber-sumber ilmu dan berita terkini. penulisan blog juga sering diperkatakan kebelakangan ini kerana kebanyakkan penulis blog menulis daripada pengalamannya sendiri.
No comments:
Post a Comment