Showing posts with label Ulasan.. Show all posts
Showing posts with label Ulasan.. Show all posts

Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019:Ulasan buku Kajian Wacana dan strategi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Assalamualaikum~



Ulasan mengenai buku Kajian Wacana dan Strategi: Teori dan Aplikasi

Bab satu dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi ini telah menerangkan tentang wacana. Wacana merupakan bahasa berbentuk ujaran, interaksi, teks dan juga tulisan yang diperoleh daripada individu mahupun kumpulan dan mengandungi sistem komunikasi antara dua mahupun lebih  daripada tiga orang. Menurut Asmah Haji Omar (1986), wacana merupakan keseluruhan kepada pelahiran bahasa oleh penutur mahupun penulis iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.

Bab dua pula menerangkan mengenai teori dan pendekatan wacana. Terdapat beberapa teori dan pendekatan wacana yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa terutama dalam bidang wacana. Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983) ini telah memfokuskan tentang pra-andaian, implikatur, rujukan dan inferens. Seterusnya,

Bab tiga merupakan analisis kepada wacana tekstual dan ujaran. Kajian analisis wacana merangkumi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu. Teori analisis wacana mengupas setiap teks dan ujaran dalam kajian ini lebih terperinci agar dapat membantu dalam menghuraikan dan membincangkan lirik lagu melalui model penceritaan, cerita sosial serta uajran kanak-kanak diperjelas dengan baik

Bab empat pula menghuraikan strategi komunikasi dalam ujaran dan interaksi. Pendekatan strategi komunikasi ini meliputi bagimana kelompok kumpulan kecil atau besar berinteraksi dengan menggunakan kaedah digital sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej.

Bab lima ini membincangkan berkaitan taksonomi dan pendekatan strategi  komunikasi. Setiap pendekatan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi digunakan bagi menjalankan kajian ini. 
Normaliza Abd Rahim (2018e) menyatakan terdapat 16 pendekatan strategi komunikasi antaranya singkatan, penafian, persoalan dan perujukan

Bab enam pula merupakan kajian yang dilakukan di Selangor untuk menganalisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 11 dan 12 tahun.

Bab tujuh ini pula menerangkan  berkaitan cadangan kajian akan datang. Kajian analisis wacana dan juga strategi komunikasi dapat memberi kesan dalam pemahaman setiap tulisan, teks, ujaran dan juga interaksi.

Brown, G., & Yule, G. (1983). Discourse Analysis. Cambridge: Cambridge University Press.

Normaliza Abd Rahim. (2018e). Communication Strategy Taxonomy: A New Perspective. IUKL Research Journal, 7(1):5-10

Sumber: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT: Universiti Malaysia Terengganu.
Buku: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Harga Buku: RM20


Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Assalamualaikum.

ULASAN BAB 6 : BLOG DI DALAM KELAS BAHASA (EH!! MEDIA SOSIAL)


Bab 6 ini menghuraikan tentang cara-cara pembukaan blog dan menerangkan penggunaan blog. menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menjelaskan bahawa blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada berbentuk fomal ataupun tidak formal. Oleh itu, blog dapat diertikan bahawa blog ini adalah medium penyampaian maklumat yang fleksibel dan mudah di capai. Pengendali blog bebas untuk menyampaikan apa-apa sahaja maklumat akan tetapi tidak tidak menyentuh sensitiviti dan hak-hak asasi manusia.

Seterusnya, bab ini juga turut menerangkan kajian-kajian mengenai blog. Antara kajian yang dapat dilihat ialah kajian yang ditulis oleh Ferdig dan Taramel, William, Martindale dan Wiley, Wang dan Woo serta ramai lagi. Rata-rata pengkaji  bersependapat mengatakan bahawa  blog merupakan salah satu teknologi yang membantu manusia untuk menyebarkan maklumat.  Wang dan Woo (2008) menyatakan bahawa blog merupakan alatan teknologi yang memberi peluang kepada pengguna untuk memguruskan maklumat, pos dan berkongsi idea dan mendapatkan maklum balas  dan memberi komen, menilai pos  yang lain, belajar dari orang lain, bertanggungjawab ataas penulisan yang dimuat naik serta beljar dan meletakkan minat pada setiap penulisannya.

Normaliza Abd Rahim (2014) telah  menyenaraikan teknik atau cara menulis blog dengan baik.
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, 
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca, 
3. Masukkan ayat-ayat humor dan berbentuk jenaka 
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda, 
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini, 
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas, dapat dibaca dan difahami, 
7. Boleh difahami oleh semua lapisan umur
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca,
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda 
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Oleh itu, Menurut beberapa kajian dalam penulisan blog, boleh dinyatakan yang blog ini boleh diperkenalkan seabgai pengunaan bahasa kedua untuk yang ingin membelajarnya. Oleh itu, objektif yang dapat dipastikan dan perbincangan  untuk penggunaan penulisan blog oleh pelbagai perspektif.