Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Assalamualaikum.

ULASAN BAB 6 : BLOG DI DALAM KELAS BAHASA (EH!! MEDIA SOSIAL)


Bab 6 ini menghuraikan tentang cara-cara pembukaan blog dan menerangkan penggunaan blog. menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menjelaskan bahawa blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada berbentuk fomal ataupun tidak formal. Oleh itu, blog dapat diertikan bahawa blog ini adalah medium penyampaian maklumat yang fleksibel dan mudah di capai. Pengendali blog bebas untuk menyampaikan apa-apa sahaja maklumat akan tetapi tidak tidak menyentuh sensitiviti dan hak-hak asasi manusia.

Seterusnya, bab ini juga turut menerangkan kajian-kajian mengenai blog. Antara kajian yang dapat dilihat ialah kajian yang ditulis oleh Ferdig dan Taramel, William, Martindale dan Wiley, Wang dan Woo serta ramai lagi. Rata-rata pengkaji  bersependapat mengatakan bahawa  blog merupakan salah satu teknologi yang membantu manusia untuk menyebarkan maklumat.  Wang dan Woo (2008) menyatakan bahawa blog merupakan alatan teknologi yang memberi peluang kepada pengguna untuk memguruskan maklumat, pos dan berkongsi idea dan mendapatkan maklum balas  dan memberi komen, menilai pos  yang lain, belajar dari orang lain, bertanggungjawab ataas penulisan yang dimuat naik serta beljar dan meletakkan minat pada setiap penulisannya.

Normaliza Abd Rahim (2014) telah  menyenaraikan teknik atau cara menulis blog dengan baik.
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, 
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca, 
3. Masukkan ayat-ayat humor dan berbentuk jenaka 
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda, 
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini, 
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas, dapat dibaca dan difahami, 
7. Boleh difahami oleh semua lapisan umur
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca,
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda 
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Oleh itu, Menurut beberapa kajian dalam penulisan blog, boleh dinyatakan yang blog ini boleh diperkenalkan seabgai pengunaan bahasa kedua untuk yang ingin membelajarnya. Oleh itu, objektif yang dapat dipastikan dan perbincangan  untuk penggunaan penulisan blog oleh pelbagai perspektif. 

No comments:

Post a Comment