Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: BIRD EYES VIEW (Langgar Production)

Assalamualaikum. 

Bird Eyes View.

Gambar yang akan dimuatnaik kali ini merupakan gambar dari sudut pandangan mata burung. yang pastinya sudah tentu keadaan burung terbang melihat kebumi atau daratan. sudut pandangan ini merupakan sudut yang mencabar kerana kami harus menggunakan sudut atau suasana yang tinggi untuk menjadikan tempat kami ambil gambar dan cabarannya ialah ketinggian. Gayat!!


MRT

Gambar diatas merupakan situasi di tempat menunggu MRT. panas tapi puas hati dengan hasil tangkapan. 3 kali shot sebab photographer tangan menggigil sebab lapar. skip sarapan sebab nak kejar masa lepas tu menyesal. 


Tepi Bahu jalan. 

Gambar ni bukan nak cerita berkenaan over the shoulder ya. over the shoulder ada pada post sebelum ini dan post kali ini nak cerita gambar ni ambil dekat bahu jalan. bahu jalan pon jadi sebab sudah penat menapak. badan dah obes nak ikut perjalanan group jalan jauh. jadi singgah bahu jalan dan ambil sahaja gambar ni. 


Bumbung Bangunan. 

ahli kumpulan telah bersedia untuk menaiki tempat yang tinggi iaitu bumbung bangunan kerana panorama yang akan diambil sangatlah menyakinkan bahawa  gambar yang akan terhasil akan cantik dan sangkaan kami betul. gambar cantik atas usaha ahli kumpulan yang bijak mencari sudut yang bagus. sudut hati manusia pun mereka boleh tembus.

No comments:

Post a Comment