Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.

Penulisan Blog merupakan satu aktiviti yang menarik dilakukan untuk mengisi masa lapang dan pada masa yang sama dapat berkongsi ilmu pada dunia. Namun tahukah anda sebelum memuat naik penulisan di dalam sebuah Blog terdapat beberapa etika yang harus anda ketahui untuk menjadi penulisan anda lebih menarik.

Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan 10 etika atau cara menulis blog dengan baik.

Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. 
Pemilihan tajuk sewaktu menulis blog perlulah diberi perhatian agar pembaca dapat mengetahui pengisian penulisan tersebut. selain itu, pemilihan tajuk yang menarik juga secara tidak langsung menarik pembaca bersemangat untuk membaca hasil penulisan blog anda. Tajuk yang menarik merupakan tajuk yang mempunyai impak dan mempunyai daya tarikan dan tajuk sebuah penulisan blog juga adalah salah satu indikator atau daya pendorong pembaca untuk membaca penulisan di blog anda. 

Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. 
sewaktu menulis blog, anda harus ingat bahawa sesuatu perkongsian cerita haruslah mempunyai rangka penulisan tersendiri bermula dari jenis permulaan anda berkongsi penulisan anda. hal ini kerana untuk mengelakkan anda menulis tanpa sebarang persediaan. jika tiada persediaan  penulisan blog anda menjadi hambar kerana anda hanya mengfokuskan nilai tanpa jalan cerita yang baik.

Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk  membuatkannya lebih menarik.
penulisan blog yang baik diambil kira juga jenis ayat yang dipilih. Selain daripada ayat ilmiah, penulis blog juga harus menyelitkan beberapa ayat  yang humor atau berbantuk jenaka bagi menarik pembaca untuk terus membaca dan jatuh hati dengan karya penulisan blog anda. Akan tetapi penggunaan ayat humor perlu ditapis dan tidak meleret agar penulis tersebut tidak syok sendiri.

Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. 
hujah terbaik merupakan salah satu titik penting dalam memastikan penulisan blog anda menjadi terbaik. hujah yang baik mampu menjadikan pembaca untuk mengikut atau memahami konteks yang anda cuba sampai. Selain itu, pengunaan hujah terbaik mampu memberikan impak kepada pembaca. 

Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. 
Penulisan blog yang bagus adalah penulisan blog dapat mengaitkan penulisannya dengan situasi yang berlaku pada masa itu. Situasi yang dimaksudkan adalah berita terkini. Secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada pembaca apa yang terjadi pada dunia kini, terutama berita yang dipandang ringan oleh remaja. 

Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Perkataan di dalam penulisan blog harus bijak dipilih dan struktur ayat yang ringkas harus digunakan untuk memberikan pembaca tidak bosan dengan penulisan anda. Selain itu, struktur ayat yang ringkas memberikan pembaca tidak  perlu membaca berulang  kali untuk mencari inti penulisan anda. 

Dapat dibaca dan difahami. 
Penulisan blog yang baik adalah penulisan yang dapat di baca  dan difahami. Sekiranya langkah di atas dapat dijalankan dengan sempurna, maka tidak ada yang perlu dirisaukan kerana penulisan yang mudah dibaca dan difahami adalah kerana penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Pembaca mudah bosan dengan struktur ayat yang panjang dan meleret.

Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
penulisan blog ini selalunya akan menjadi lebih baik sekiranya penulis blog berkomunikasi dengan pembaca melalui penulisannya. pembaca dapat merasakan dirinya dihargai jika dapat berkomunikasi dengan penulis dan secara tidak langsung pembaca akan menunggu penulisan blog anda yang berikutnya. jika anda berjaya dalam berkomunikasi dengan pembaca maka anda akan mempunyai peminat di dalam blog anda.

Memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. 
setiap penulisan blog haruslah diselitkan moral dan nilai estetika untuk memberi kesedaran kepada pembaca tentang pentingnya moral dan nilai. Moral dan nilai ini memastikan pembaca memahami intipati penulisan anda dan memahami mengapa anda menulis blog dan penyampaian nilai anda adalah untuk mendidik dan memberi rangsangan kepada pembaca untuk terus melakukan kebaikkan.

Berilmu untuk penulisan pendidikan. 
Blog yang mendidik pembaca untuk membaca penulisan yang berilmu amatlah penting. Penulis blog harus berilmu dalam menulis dan berkarya untuk mendidik pembaca kearah yang baik dan mengajar pembaca untuk tidak melakukan kejahatan. Penulisan blog boleh jadikan blog mereka sebagai medium untuk mereka menyampaian penulisan yang berilmu dan memberikan kesejahteraan kepada penggunanya. 





No comments:

Post a Comment