Monday, September 30, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

 Assalamualaikum. 

Pada tanggal 9 November 2007 merupakan tanggal yang terindah buat keluarga kami. kami sekeluarga telah pergi fun fair dan merupakan fair fair pertama buat saya. Kami Sekeluarga sangat bahagia waktu itu kerana kami dapat meluangkan masa bersama kerana abah kurang dapat cuti dan kemampuan keluarga kami untuk berjalan-jalan waktu itu. 

Pertama, kami bermain Merry Going Around. Waktu itu kami tersangat bahagia. Walaupun malam itu hujan, kami tetap juga menikmati masa berkeluarga kami kerana kami jarang melakukan aktiviti bersama. 

Kedua kami mencuba untuk menaiki Ferris Wheel. kami menikmati permandangan yang cantik di tepi sungai yang selalu kami inginkan. kakak saya menjerit ketakutan kerana dia sangat gayat dan takut akan berada di tempat tinggi.

Ketiga, kami mencuba permainan di gerai-gerai seperti baling bola dalam tin, masukkan bola dalam bakul dan pancing itik mainan. abang saya memenangi sebuah patung mainan yang dia tidak mahu dan oleh itu dia merajuk dan berhenti untuk bermain lagi dan mengajak kami pulang.

Namun itu merupakan kali pertama dan terakhir keluarga kami keluar bersama. pada tanggal 12 Jun 2008 abah telah pergi bertemu pencipta. walaupum ka,i tidak kerap melakukan aktiviti luar bersama tetapi setidaknya saya mempunyai satu cerita dan satu kenangan bersamanya. syukur kerana kami menikmati waktu itu.


BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum.

Tips Belajar Dengan Mudah.

1. Tidur yang cukup dan Rehat yang baik.

Sewaktu ingin belajar, pastikan amda mempunyai rehat yang baik dan tidur yang cukup. Hal ini demikian kerana pelajar mudah lesu dan tidak dapat menerima ilmu ketika mengantuk. Tidur yang secukupnya memberikan otak lebih cergas dan menerima ilmu dengan baik. teknik ini banyak digunakan oleh p[elajar yang sering menghafal kerana ketika rehat yang baik dan tidur yang cukup mampu membuat mereka lebih mudah menghafal disebabkan otak berfungsi 90% dengan baik. 


2. Nota kecil untuk menghafal.

Nota kecil merupakan satu teknik mudah belajar. Teknik ini merupakan satu teknik yang baik bagi pelajar yang baik dalam menghafal.Proses nota kecil membuat anda memberikan tumpuan pada apa yang anda kaji dan membuatkan anda berulang kaji secara berterusan.



Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di sini

Assalamualaikum ~ ~

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan merupakan pengalaman yang saya terima sewaktu menjalanakn Program Kemasyarakatan di Kampung Yan, Kedah. Di sini saya berpeluang pergi ke pulau di mana merupakan pengalaman pertama saya. keadaan di Pulau Songsong sangat cantik dan indah.

Selain itu, saya berpeluang untuk berbabeque bersama rakan-rakan. pengalaman ini masih tidak boleh saya lupakan kerana pengalaman itu sangat berharga. Disamping berkhidmat komuniti kami juga dapat mengeratkan silaturahim, kami bersama orang kampung di Yan dan mereka sentiasa menghidangkan kami makanan tradisi orang kedah seperti Nasi Daging Utara.

Seterusnya, kami berpeluang untuk pergi menikmati suasama di bendang. Terasa suasana berangin dan nyaman. kami berbangga di beri peluang ini. kami sentiasa berharap untuk pergi kembali ke kampung Yan untuk menikmati suasana itu lagi. 

Terima Kasih


Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk.

Sinopsis cerita sosial 1 : Nenek dan Datuk

Alim dan keluarga akan ke Kampung Nenek dan Datuknya di kajang. Alim tidak sabar balik kampung untuk bermain dengan ayam dan itik Neneknya. Dia mendapati bahawa dia tidak lagi melihat ayam dan itik di kampung lalu menangis. Nenek kelihatan risau akan sifat Alim yang secara tiba-tiba menangis. Nenek menunjukkan keberadaan ayam dan itik di dalam reban baharu laluAlim berhenti menangis

Alim menangis kembali melihat suasana rumah Nenek dan Datuknya kerana sudah berubah. Dia sangat terasa akan perubahan rumah ini seakan rumah Nenek dan Datuknya sudah tiada. Namun Alim berhenti menangis dan ketawa setelah menyertai abang dan kakaknya menonton televisyen. Suasana kampung yang berlainan daripada biasa menjadikan alim sekeluarga lebih rapat.


Rujukan : Normaliza Abd Rahim, (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.



BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.

Penulisan Blog merupakan satu aktiviti yang menarik dilakukan untuk mengisi masa lapang dan pada masa yang sama dapat berkongsi ilmu pada dunia. Namun tahukah anda sebelum memuat naik penulisan di dalam sebuah Blog terdapat beberapa etika yang harus anda ketahui untuk menjadi penulisan anda lebih menarik.

Normaliza Abd Rahim (2014) telah menyenaraikan 10 etika atau cara menulis blog dengan baik.

Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. 
Pemilihan tajuk sewaktu menulis blog perlulah diberi perhatian agar pembaca dapat mengetahui pengisian penulisan tersebut. selain itu, pemilihan tajuk yang menarik juga secara tidak langsung menarik pembaca bersemangat untuk membaca hasil penulisan blog anda. Tajuk yang menarik merupakan tajuk yang mempunyai impak dan mempunyai daya tarikan dan tajuk sebuah penulisan blog juga adalah salah satu indikator atau daya pendorong pembaca untuk membaca penulisan di blog anda. 

Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. 
sewaktu menulis blog, anda harus ingat bahawa sesuatu perkongsian cerita haruslah mempunyai rangka penulisan tersendiri bermula dari jenis permulaan anda berkongsi penulisan anda. hal ini kerana untuk mengelakkan anda menulis tanpa sebarang persediaan. jika tiada persediaan  penulisan blog anda menjadi hambar kerana anda hanya mengfokuskan nilai tanpa jalan cerita yang baik.

Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk  membuatkannya lebih menarik.
penulisan blog yang baik diambil kira juga jenis ayat yang dipilih. Selain daripada ayat ilmiah, penulis blog juga harus menyelitkan beberapa ayat  yang humor atau berbantuk jenaka bagi menarik pembaca untuk terus membaca dan jatuh hati dengan karya penulisan blog anda. Akan tetapi penggunaan ayat humor perlu ditapis dan tidak meleret agar penulis tersebut tidak syok sendiri.

Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. 
hujah terbaik merupakan salah satu titik penting dalam memastikan penulisan blog anda menjadi terbaik. hujah yang baik mampu menjadikan pembaca untuk mengikut atau memahami konteks yang anda cuba sampai. Selain itu, pengunaan hujah terbaik mampu memberikan impak kepada pembaca. 

Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. 
Penulisan blog yang bagus adalah penulisan blog dapat mengaitkan penulisannya dengan situasi yang berlaku pada masa itu. Situasi yang dimaksudkan adalah berita terkini. Secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada pembaca apa yang terjadi pada dunia kini, terutama berita yang dipandang ringan oleh remaja. 

Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Perkataan di dalam penulisan blog harus bijak dipilih dan struktur ayat yang ringkas harus digunakan untuk memberikan pembaca tidak bosan dengan penulisan anda. Selain itu, struktur ayat yang ringkas memberikan pembaca tidak  perlu membaca berulang  kali untuk mencari inti penulisan anda. 

Dapat dibaca dan difahami. 
Penulisan blog yang baik adalah penulisan yang dapat di baca  dan difahami. Sekiranya langkah di atas dapat dijalankan dengan sempurna, maka tidak ada yang perlu dirisaukan kerana penulisan yang mudah dibaca dan difahami adalah kerana penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Pembaca mudah bosan dengan struktur ayat yang panjang dan meleret.

Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
penulisan blog ini selalunya akan menjadi lebih baik sekiranya penulis blog berkomunikasi dengan pembaca melalui penulisannya. pembaca dapat merasakan dirinya dihargai jika dapat berkomunikasi dengan penulis dan secara tidak langsung pembaca akan menunggu penulisan blog anda yang berikutnya. jika anda berjaya dalam berkomunikasi dengan pembaca maka anda akan mempunyai peminat di dalam blog anda.

Memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. 
setiap penulisan blog haruslah diselitkan moral dan nilai estetika untuk memberi kesedaran kepada pembaca tentang pentingnya moral dan nilai. Moral dan nilai ini memastikan pembaca memahami intipati penulisan anda dan memahami mengapa anda menulis blog dan penyampaian nilai anda adalah untuk mendidik dan memberi rangsangan kepada pembaca untuk terus melakukan kebaikkan.

Berilmu untuk penulisan pendidikan. 
Blog yang mendidik pembaca untuk membaca penulisan yang berilmu amatlah penting. Penulis blog harus berilmu dalam menulis dan berkarya untuk mendidik pembaca kearah yang baik dan mengajar pembaca untuk tidak melakukan kejahatan. Penulisan blog boleh jadikan blog mereka sebagai medium untuk mereka menyampaian penulisan yang berilmu dan memberikan kesejahteraan kepada penggunanya. 





Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019; SAYA FAHAM

Lagu & Lirik : Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia

Saya Faham

Saya kata "Apa Khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia 
Untuk saya

Terima Kasih 
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka.

BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum Dunia. Saya Hafizul Hafifi Bin Hassan. Berumur 23 tahun 9 bulan. Berasal dari salah satu negeri utara iaitu Perak dan merupakan merupakan anak ke-4 daripada Hassan bin Shahudin dan Mariana Bt Kasim.Saya di besarkan di Hutan Melintang tetapi jangan risau kawasan tu bukan kawasan hutan tetapi salah satu pekan di Bagan Datoh. Saya mempunyai 4 orang adik beradik, 2 orang kakak dan seorang abang.


uPada tahun 2002, saya telah dihantar ke tadika untuk belajar secara fizik. lalu, pada tahun berikutnya saya menyambung didikan di Sekolah Rendah Simpang Empat sehingga tahun 2008. Pada tahun berikutnya saya menyambung ke peringkat menengah sehingga 2013 di Sekolah Menengah Hutan Melintang lalu melanjutkan pelajaran ke Pra Universiti di SMK Khir Johari
2015


Percaya atau tidak saya merupakan mahasiswa Universiti Putra Malaysia dan kini berada pada tahun akhir. saya mengikuti program Bachelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu).