Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Assalamualaikum.

ULASAN BAB 6 : BLOG DI DALAM KELAS BAHASA (EH!! MEDIA SOSIAL)


Bab 6 ini menghuraikan tentang cara-cara pembukaan blog dan menerangkan penggunaan blog. menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menjelaskan bahawa blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada berbentuk fomal ataupun tidak formal. Oleh itu, blog dapat diertikan bahawa blog ini adalah medium penyampaian maklumat yang fleksibel dan mudah di capai. Pengendali blog bebas untuk menyampaikan apa-apa sahaja maklumat akan tetapi tidak tidak menyentuh sensitiviti dan hak-hak asasi manusia.

Seterusnya, bab ini juga turut menerangkan kajian-kajian mengenai blog. Antara kajian yang dapat dilihat ialah kajian yang ditulis oleh Ferdig dan Taramel, William, Martindale dan Wiley, Wang dan Woo serta ramai lagi. Rata-rata pengkaji  bersependapat mengatakan bahawa  blog merupakan salah satu teknologi yang membantu manusia untuk menyebarkan maklumat.  Wang dan Woo (2008) menyatakan bahawa blog merupakan alatan teknologi yang memberi peluang kepada pengguna untuk memguruskan maklumat, pos dan berkongsi idea dan mendapatkan maklum balas  dan memberi komen, menilai pos  yang lain, belajar dari orang lain, bertanggungjawab ataas penulisan yang dimuat naik serta beljar dan meletakkan minat pada setiap penulisannya.

Normaliza Abd Rahim (2014) telah  menyenaraikan teknik atau cara menulis blog dengan baik.
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, 
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca, 
3. Masukkan ayat-ayat humor dan berbentuk jenaka 
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda, 
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini, 
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas, dapat dibaca dan difahami, 
7. Boleh difahami oleh semua lapisan umur
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca,
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda 
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Oleh itu, Menurut beberapa kajian dalam penulisan blog, boleh dinyatakan yang blog ini boleh diperkenalkan seabgai pengunaan bahasa kedua untuk yang ingin membelajarnya. Oleh itu, objektif yang dapat dipastikan dan perbincangan  untuk penggunaan penulisan blog oleh pelbagai perspektif. 

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: BIRD EYES VIEW (Langgar Production)

Assalamualaikum. 

Bird Eyes View.

Gambar yang akan dimuatnaik kali ini merupakan gambar dari sudut pandangan mata burung. yang pastinya sudah tentu keadaan burung terbang melihat kebumi atau daratan. sudut pandangan ini merupakan sudut yang mencabar kerana kami harus menggunakan sudut atau suasana yang tinggi untuk menjadikan tempat kami ambil gambar dan cabarannya ialah ketinggian. Gayat!!


MRT

Gambar diatas merupakan situasi di tempat menunggu MRT. panas tapi puas hati dengan hasil tangkapan. 3 kali shot sebab photographer tangan menggigil sebab lapar. skip sarapan sebab nak kejar masa lepas tu menyesal. 


Tepi Bahu jalan. 

Gambar ni bukan nak cerita berkenaan over the shoulder ya. over the shoulder ada pada post sebelum ini dan post kali ini nak cerita gambar ni ambil dekat bahu jalan. bahu jalan pon jadi sebab sudah penat menapak. badan dah obes nak ikut perjalanan group jalan jauh. jadi singgah bahu jalan dan ambil sahaja gambar ni. 


Bumbung Bangunan. 

ahli kumpulan telah bersedia untuk menaiki tempat yang tinggi iaitu bumbung bangunan kerana panorama yang akan diambil sangatlah menyakinkan bahawa  gambar yang akan terhasil akan cantik dan sangkaan kami betul. gambar cantik atas usaha ahli kumpulan yang bijak mencari sudut yang bagus. sudut hati manusia pun mereka boleh tembus.

BBM3410Satu2019: OVER THE SHOULDER (Langgar Production)

Assalamualaikum.

Over The Shoulder.

Gambar di bawah merupakan shot dari atas bahu atau over the shoulder di  mana kami berusaha mencari sisi atau sudut gambar yang menarik untuk dijadikan sebagai fokus pengambilan gambar kami. oleh itu gambar ini dipilih kerana terdapat kriteria yang bagus serta mempunyai nilai yang cantik untuk diperlihatkan. 



Bahu : Naim. 

Gambar tersebut  merupakan gambar diambil bertemakan kau ponteng kelas aku yang kene marah. pemilik bahu tersebut mempunyai niat untuk mencekik kawannya tersebut kerana sikap ambil ringannya itu namun itu hanyalah sekadar niat. Dia kene Redho.


Bahu : Irshad. 

gambar tersebut diambil atas tujuan memenuhi tugasan multimedia. orang mula makan dengan baca doa kami sebelum makan tangkap gambar dulu. demi tugasan orang pandang kami pelik. 


Bahu : Fauzan

Pengambilan Gambar tersebut merupakan satu hasil yang membanggakan walaupun situasi diatas merupakan situasi yang kelakar dimana cuaca panas kene keluar shooting, kawan buat hal rasa nak berendam dalam air pancut tersebut tapi fikiran masih waras, kami pergi beli aiskrim family mart.

BBM3410Satu2019 : MUG SHOT (Langgar Production)

Assalamualaikum .

Mug shot.

Gambar di bawah merupakan gambar mudshot hasil tugasan yang kami lakukan untuk memenuhi syarat tugasan subjek kami. terdapat 3 jenis mudshot mengikut emosi yang telah kami temukan. 


Emosi :  Gembira.

Nurul merasa redhanya telah berbuahkan hasil dimana kerja tugasan sudah disiapkan mengikut waktu yang dirancang. emosi gembira ini seperti ada rama-rama dalam perut. 



Emosi : Marah.

Emosi marah dapat dikawal dengan baik jika bijak mengatasi namun bila sudah penat menjadi bahan janaka kawan, maka marah itu akan menjadi-jadi akan tetapi pengubat marah adalah REDHO sahaja. 

Emosi : Sedih. 

selain marah, sifat sedih juga merupakan salah satu sifat yang negatif. sifat ini akan muncul bila kawan keluar makan malam tak ajak anda. 

BBM3410Satu2019: MEDIUM SHOT (Langgar Production)

Assalamualaikum. 

Medium Shot
Medium shot  menampilkan gambar yang lebiih memberikan detail kepada manusia kerana gambarnya yang diambil adalah gambaran yang menampilkan bahagian tubuh manusia. medium diambil lebih dekat berbanding long shot yang mempunyai paparan yang luasnya lebih besar. medium shot juga dipilih untuk dijadikan panorama kepada individu yang gemarkan suasana yang dijadikan kenangan. 

oleh itu, saya akan memuat naik contoh gambar medium shot yang diammbil atas tugasan kerja kumpulan kami. terdapat dua pembahagian iaitu pertama permandangan dan manusia kedua manusia. 

Permandangan dan Manusia

Model : Aishah

ini aishah, model ninja dari kumpulan kami. si pengeluar idea yang bernas kami shooting dia datang bawak  makanan. waktu hujan di sanggup ambil gambar juga untuk menjalankan tugas dengan baik. 


Model : AlFikrey

Sedang menunggu kawan sebab janji pukul berapa datang pukul berapa dan dia berada disitu dalamm keadaan lapar tidak sarapan.

Model : Fikri

dia malu gambar bersendirian jadi kami letakkan dia dengan segerombolan manusia sebagai latar belakang beliau sebagai supporter.

Manusia





gambar ini diambil disebabkan sudah terlalu penat berjalan di bandar tanpa hala tuju tengok waze takut bateri telefon cepat habis. powerbank tidak dibawa pula.


gambar ini terpaksa diambil disebabkan tuan badan nak ada bukti dah pernah sampai ke Ikea. kita bagi peluang. bukan senang nak sampai ikea ni banyak juga dugaan.


tuan badan ini juga mahukan gambar yang sama kerana nak bagitahu keluarganya bahawa dia selamat sampai di Ikea. segala dugaan kita terima dengan hati yang terbuka.



BBM3410Satu2019: LONG SHOT (Langgar Production)

Assalamualaikum. 

Long Shot

Long shot merupakan asas teknik pengambilan gambar dengan bingkai atau frame yang lebih lebar atau dalam erti kata lain, selain objek utama menjadi fokus latar belakang juga akan tertangkap oleh kamera dengan keluasannya cukup besar.

oleh itu, saya akan memuat naik gambar-gambar yang kami tangkap yang bertemakan Long Shot. Long Shot dipilih ini merupakan hasil Long Shot kepada manusia dan permandangan. 


Permandangan dan Manusia

Model : Hafizul

Model ini merupakan diri saya yang sedang mencari sudut untuk menangkap gambar long-shot rupanya ada peminat yang tangkap senyap-senyap.

Model : Yuzalini

gambar ini merupakan gambar yang diambil oleh photographer yang sudah letih berjalan manakala modelnya masih lagi boleh melangkah maju kehadapan. kasihan photographer diberi payung pon tidak.

Model : Hisyam dan Irshad.

Gambar ini diambil ketika sesudah balik dari shooting. hati masih lagi berkobar nak cari sudut gambar yang menarik.


Permandangan

Photographer : Aliff

sungai ditengah bandar? begitu juga masalah ditengah kebahagiaan. lainkan perumpaan ini. 

Photographer : Aishah

ini merupakan jalan untuk kami pulang ke kampung halaman ketika cuti. gambar ini diambil agar tidak lupa jalan balik ke rumah.

Photographer : Fauzan

gambar diambil ketika jerebu. musykil kerana hanya ada satu bangunan yang tinggi. takut bangunan yang lain hilang ditelan jerebu maka kami ambil untuk siap sedia.

BBM3410Satu2019: CLOSE-UP (Langgar Production)

Assalamualaikum.

Close-up merupakan asas teknik Fotografi yang kerap digunakan untuk mengambil gambar manusia. Gambar yang diambi dari hujung kepala sehingga bahu itu bertujuaan untuk lebih memfokuskan kepada sasaran atau menjadikan hanya sebuah objek yang ada dalam gambar tersebut. 

Rata-rata gambar seperti digunakan oleh manusia-manusia untuk menjadikan gambar profil di media sosial. Sebahagian besar gambar close-up ini diambil melalui paras mata, oleh itu kita dapat merubah gambar tersebut mennjadi gambar yang lebih menaraik dari biasa.

oleh itu, hari ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak tugasan yang diberikan kepada kami. Langgar Production telah mengambil gambar Close-up manusia yang mempunyai emosi setiap dan fokus kepada sesuatu objek. 

Manusia


Emosi : Bahagia / Model : Irshad
  
Bahagia dapat makan bebola daging ikea. tiada di terengganu katanya.


Emosi : Geram / Model : Yuzalini

Geram sebab  kawan pergi ikea tidak mengajak dan tidak bungkuskan bebola daging ikea untuknya lalu merajuk.


Emosi : Marah /  Model : Aliff

Marahkan seseorang sebab merajuk tidak ajak makan bebola daging Ikea. katanya sudah berbaik. 

Objek


Fokus : Flora / Objek Bunga

Bunga kertas bukan bunga diperbuat dari kertas tetapi nama yang teah diberi oleh ayah dan ibunya.


Fokus : Makanan /  Objek : Bebola Daging

inilah bebola daging punca emosi geram dan marah tadi. lain kali nak makan makanan ini kene ajak satu universiti baru tidak ada yang merajuk. 


Fokus : Objek / Objek : Kamera

kamera ini merupakan kamera yang menangkap hasil gambar yang cantik. harga jangan tanya. tak mampu nak beli sekarang tetapi member bagi pinjam. jaga baik-baik amanat orang.