Assalamualaikum~
Ulasan mengenai buku
Kajian Wacana dan Strategi: Teori dan Aplikasi
Bab satu dalam buku
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi ini telah menerangkan
tentang wacana. Wacana merupakan bahasa berbentuk ujaran, interaksi, teks dan
juga tulisan yang diperoleh daripada individu mahupun kumpulan dan mengandungi
sistem komunikasi antara dua mahupun lebih daripada tiga orang. Menurut Asmah Haji Omar
(1986), wacana merupakan keseluruhan kepada pelahiran bahasa oleh penutur
mahupun penulis iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa
yang menyumbang sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.
Bab dua pula
menerangkan mengenai teori dan pendekatan wacana. Terdapat beberapa teori dan
pendekatan wacana yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa terutama
dalam bidang wacana. Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983) ini telah memfokuskan
tentang pra-andaian, implikatur, rujukan dan inferens. Seterusnya,
Bab tiga merupakan
analisis kepada wacana tekstual dan ujaran. Kajian analisis wacana merangkumi
tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu. Teori analisis wacana mengupas setiap teks dan
ujaran dalam kajian ini lebih terperinci agar dapat membantu dalam menghuraikan
dan membincangkan lirik lagu melalui model penceritaan, cerita sosial serta
uajran kanak-kanak diperjelas dengan baik
Bab empat pula
menghuraikan strategi komunikasi dalam ujaran dan interaksi. Pendekatan
strategi komunikasi ini meliputi bagimana kelompok kumpulan kecil atau besar
berinteraksi dengan menggunakan kaedah digital sebagai salah satu cara untuk
menyampaikan mesej.
Bab lima ini
membincangkan berkaitan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Setiap pendekatan taksonomi dan
pendekatan strategi komunikasi digunakan bagi menjalankan kajian ini.
Normaliza Abd Rahim (2018e) menyatakan
terdapat 16 pendekatan strategi komunikasi antaranya singkatan, penafian,
persoalan dan perujukan
Bab enam pula
merupakan kajian yang dilakukan di Selangor untuk menganalisis strategi
komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 11 dan 12 tahun.
Bab tujuh ini pula
menerangkan berkaitan cadangan kajian
akan datang. Kajian analisis wacana dan juga strategi komunikasi dapat memberi
kesan dalam pemahaman setiap tulisan, teks, ujaran dan juga interaksi.
Brown, G., & Yule, G. (1983). Discourse Analysis. Cambridge:
Cambridge University Press.
Normaliza Abd Rahim. (2018e). Communication Strategy Taxonomy: A
New Perspective. IUKL Research Journal, 7(1):5-10
Sumber:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan
Aplikasi. Penerbit UMT: Universiti Malaysia Terengganu.
Buku: Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Harga Buku: RM20
Harga Buku: RM20